Sunday, March 24, 2013

Ingat Selalu #19 PANTUN 2 KERAT AURAT

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat



Ingat Selalu #18 KALAU KAMU KATA

KALAU KAMU KATA KAMU HENSEM/CANTIK.. KAMU TETAP AKAN REPUT BILA MATI

KALAU KAMU KATA KAMU ADA RUMAH YG HEBAT.. JANGAN LUPA RUMAH DI LIANG LAHAD 

KALAU KAMU KATA KAMU ADA KENDERAAN YANG HEBAT... JANGAN LUPA KERANDA AKAN MENGUSUNGMU

KALAU KAMU KATA PAKAIAN KAMU CANTIK.... JANGAN LUPA AKHIRNYA TETAP KAIN KAFAN

KALAU KAMU KATA KAMU BANYAK HARTA... JANGAN LUPE AMALAN MENJADI HITUNGAN...

BERSYUKUR LA DENGAN APA YG KITA ADA... TAK SALAH KITA MENGHARAPKAN SUATU YG KITA TIDAK ADA... TAPI JGN LUPA APA YG KITA ADA






Ingat Selalu #17 HAKIKAT KECANTIKAN MUSLIMAH

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,

Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,

Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',

Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,
Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,


Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,

Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,

Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,

Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,

Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.





Ingat Selalu #16 ANDA "TERTANYA-TANYA" AL-QURAN MENJAWAB


KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Ankabut : 2-3
"Apakah manusia itu mengira bahAwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??

QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??

QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 286
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

KENAPA TERTEKAN ???

QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139 "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman"

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???

QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata

APA YANG AKU DAPAT ???

QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah utk mereka..."

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???

QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal"

AKU TAK SANGGUP !!!!

QURAN MENJAWAB :Qs. Yusuf : 12
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.



Ingat Selalu #15 SENYUM

Senyum itu Sedekah paling mudah.Dengan senyum juga mungkin akan membuatkan insan disekeliling anda bahagia.Cuba senyum..

Saturday, March 23, 2013

Ingat Selalu #14 SHARE?

Anda ada masalah? sila tekan button share... Sebelum menekan button anda perlu menadah tangan.. dan share kan perasaan anda... kepada Allah s.w.t.... online sentiasa... tidak memerlukan modem, broadband dan sebagai nya 24 jam sehari....

Ingat Selalu #13 FITRAH

Secara fitrahnya semua manusia ingin jadi baik atau soleh cuma kadang-kadang jiwa kita terasa lemah untuk melangkah menuju kebaikan.... 



Ingat Selalu #12 PERSAHABATAN

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat 
persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering tergugat dengan ujian, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya…

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukankan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. 

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila terakhir kali kamu berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping kamu ?? Siapa yang mengasihi kamu saat kamu merasa tidak dicintai ?? Siapa yang ingin bersama kamu saat kamu tak boleh memberikan apa-apa ??



Ingat Selalu #11 UKHUWAH

Jangan diharap sesuatu yg tak pasti
tapi yakinlah pada apa yg sudah anda miliki
mengapa diharap pada yang tiada
kerana kadangkala yang sedang anda miliki sebenarnya
adalah yg terbaik untuk diri sendiri

ukhuwah itu bukan lah terletak pd pertemuan mahupun manisnya ucapan dibibir tetapi pada ingatan seseorg terhadap sahabatnya dalam doa.



Ingat Selalu #10 IMAN

Iman dalam hati tak ubahnya seperti tanaman di tanah. Jika kamu sirami, memberinya baja, dan membuatnya terkena sinar matahari, ia akan menjadi pohon yang menjulang ke langit. Batangnya kuat, cabangnya banyak, akarnya kukuh dalam tanah, dan buahnya bagus. Apabila kamu lalai menyiraminya, tidak memberinya baja, dan membiarkannya tidak terkena sinar matahari, ia tetap juga berupa batang pokok yang kamu tanam, dan lama-lama ia akan mengering, dicabut, dan dilempar ke dalam api.



Ingat Selalu #9 PERUMPAMAAN HATI


Perumpamaan hati yang senantiasa berzikir adalah seperti mata air yang mempunyai dua sumber dan di dalamnya terdapat ikan-ikan kecil. Ketika air mengeruh, banyak ikan berenang merentasinya. Mata air pun kembali bersih dan airnya kembali jernih. Jika ikan hanya sedikit, sumber-sumber mata air tertutup kotoran yang bertakung, kerana angin selalu bertiup dengan membawa debu dan air bercampur dengan tanah. Bila sumber-sumber tertutup, air menjadi tidak bersih dan tidak mengalir. Demikian pula halnya dengan hati. Sumber-sumber hikmah akan tertutup bila kotoran jiwa dan debu hawa nafsu terkumpul.

Ketika hawa nafsu menghampiri jiwa, ia membangkitkan syahwat. Hembusan angin syahwat pun menerpa jiwa. Terkumpullah di dalamnya debu, asap, dan awan sesuai dengan kadar syahwatnya. Ada syahwat yang mengandungi awan, ada yang mengandungi debu, dan ada yang mengandungi asap. Tatkala angin tersebut datang dengan membawa debu, awan, dan asap; sumber-sumber hikmah tertutup, kerana hikmah bersumber dari inti ketulusan."

[Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]



Ingat Selalu #8 TUHAN

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

jadikan lawak ini sbagai lawak yg brmoral dn kenekan sape yg x pcaye kwujudan tuhan

Ingat Selalu #7 PESAN LUQMAN

Pesanan Luqman kepada anaknya,
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"

1) Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.

2) Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.

3) Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.

4) Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

5) Ingat kepada Allah SWT

6)Lupakan budi baik mu pada orang lain.

7)Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

8)Ingat kepada mati.



Ingat Selalu #6 FACEBOOK

FaceBook
Hadir pada mulanya untuk menjatuhkan agama islam,
Diwujudkan untuk merosakkan anak adam,
Tapi rupanya UKHUWAH islam senang dijalankan,
Agama Islam mudah disebarkan dan diikutkan,

FaceBook
Mudah maksiat dijalankan andai manusia salah gunakan,
Pelbagai fitnah telah disebarkan untuk pecah belahkan semua insan,
Namun wujud manusia sayangkan agama tuhan serta perpaduan semua insan,
Membantu menyebarkan risalah ALLAH bagi kebenaran dapat diperkenalkan dan dilaksanakan,

FaceBook
Yahudi merancang merosakkan umat islam secara perlahan,
Agar mereka dapat melumpuhkan segala dakwah yang dijalankan,
Tapi umat islam tidak sebodoh yang disangkakan apatah lagi lemah seperti difikirkan,
Menjadikan FACE BOOK satu WADAH penyebaran agama ISLAM agar semua dapat mengenali lebih mendalam.




Ingat Selalu #5 ISTIGHFAR

cuba baca niiii..susah x?

استغفرالله العظيم الذى لا إله الا هو الحي القيوم وأتوب إليه

kalau boleh baca menandakan anda tidak buta huruf dan setiap bacaan anda,anda telah menghapuskan dosa anda dan sekaligus membantu saya dapatkan pahala.

syukran kathiran شكرا كثير



Ingat Selalu #4 CINTA

Sembang-sembang dua sahabat.

Sahabat A: "Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau."

Sahabat B: "Ya."

Sahabat A: "Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?"

Sahabat B: "Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia              
kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."

Sahabat A:"Kau tahu tak kau masih ade orang yang paling mencintai kau?"

Sahabat B :"kau saja buat aku tertanya kan.. siapa??"

Sahabat A:"Dia lah nabi kita Muhammad s.a.w"

Sahabat B:"Aku bangga kau jadi kawan aku"

Sahabat A:"Aku cuma ingatkan kau saja, jangan puji, nanti tak pasal-pasal aku riyak"



Ingat Selalu #3 BUKA AURAT VS TUTUP AURAT

Dialog dua wanita ( yg Buka Aurat vs Tutup Aurat ):

BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.


BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup - lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.

BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.

BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia.


Ingat Selalu #2 PENYAKIT HATI

Orang - orang yang mempelajari penyakit hati akan menyedari bahawa bahaya yang sering dihadapi oleh orang berjuang ialah perasaan INGIN TERKENAL, LUPA DIRI dan CINTA HARTA DAN JAWATAN . Inilah sebabnya dari pagi Rasulullah SAW telah mengingatkan supaya waspada, kalau - kalau kita dihinggapi penyakit cinta pangkat, gila harta dan terjerumus ke dalam syirik yang tersembunyi iaitu riyak



Ingat Selalu #1 HUBUNGAN


SINGLE = Jangan bersedih kerana Allah akan memberi yang terbaik nanti.
COUPLE = Jangan terlalu seronok kerana di waktu inilah saham dosa meningkat.
TUNANG =Jangan terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah.
BERNIKAH = Jangan terlalu leka kerana telah diberikan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.
BERCERAI= Allah membenci umatnya yang bercerai berai .....

Cikgu dan Murid

Cikgu : Murid2.. Sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?

Boon Kok Keong : Piramid cikgu..

Cikgu : Bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!

Gopal : Taj Mahal..cikgu..

cikgu : Bagus...lagi....!!!

Husin : HATI..cikgu..!!!

Cikgu : Aik..kenapa pulak hati ???boleh kamu terangkan pada kelas..???

Husin : Sbb hati manusia ni.. Orang x nampak. Tapi boleh rasa.. Kalau hati menangis.. Xde    sape boleh dengar. Dalam hati ada macam2 rasa..marah, geram, kecewa, gembira dan macam² lagi. Tuhan ciptakan hati manusia ni sama tapi tak serupa. Bende² yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu.. Itu cuma tinggalan sejarah lama. Sbb manusia hari ni.. Boleh buat bende² yg serupa dengan bende² tu semua.tapi xde sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!!

Cikgu : (tersenyum)




jutaan kemaafan disebabkan 3 tahun blog  ini tidak dikemas kini... disebabkan admin tumpu pelajaran hingga lupa kemas kini... kini akan kembali aktif...