Saturday, March 23, 2013

Ingat Selalu #9 PERUMPAMAAN HATI


Perumpamaan hati yang senantiasa berzikir adalah seperti mata air yang mempunyai dua sumber dan di dalamnya terdapat ikan-ikan kecil. Ketika air mengeruh, banyak ikan berenang merentasinya. Mata air pun kembali bersih dan airnya kembali jernih. Jika ikan hanya sedikit, sumber-sumber mata air tertutup kotoran yang bertakung, kerana angin selalu bertiup dengan membawa debu dan air bercampur dengan tanah. Bila sumber-sumber tertutup, air menjadi tidak bersih dan tidak mengalir. Demikian pula halnya dengan hati. Sumber-sumber hikmah akan tertutup bila kotoran jiwa dan debu hawa nafsu terkumpul.

Ketika hawa nafsu menghampiri jiwa, ia membangkitkan syahwat. Hembusan angin syahwat pun menerpa jiwa. Terkumpullah di dalamnya debu, asap, dan awan sesuai dengan kadar syahwatnya. Ada syahwat yang mengandungi awan, ada yang mengandungi debu, dan ada yang mengandungi asap. Tatkala angin tersebut datang dengan membawa debu, awan, dan asap; sumber-sumber hikmah tertutup, kerana hikmah bersumber dari inti ketulusan."

[Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]



No comments:

Post a Comment